Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Mendaftar Pelan Celcom Home Fibre, Bermula Dari RM80 Untuk 30Mbps

Pelanggan Celcom Home Fibre Di Kawasan Ini Akan Alami Gangguan Sementara Untuk Kerja Selenggara

Diterbitkan Januari 5, 2022 · Dikemas kini Januari 5, 2022 oleh ariff bukhari

Celcom memaklumkan kepada para pelanggan mereka khususnya yang melanggan perkhidmatan Celcom Home Fibre bahawa pihak mereka akan menjalankan penyelenggaraan perkhidmatan itu pada 6 Januari 2022 ini di beberapa kawasan.

Aktiviti penyelenggaraan perkhidmatan itu dibuat adalah bagi meningkatkan lagi perkhidmatan Celcom Home Fibre di kawasan-kawasan terbabit.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terlibat dengan aktiviti penyelenggaraan Celcom Home Fibre :-

  1. Sabah – Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas
  2. Perak – Kuala Kangsar, Taiping, Kamunting dan Parit Buntar
  3. Pulau Pinang – Nibong Tebal

Aktiviti penyelenggaraan itu dijadualkan akan bermula dari jam 12.01 pagi sehingga jam 6.00 pagi pada 6 Januari 2022 ini.

Celcom  menyatakan, sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan itu dijalankan, pelanggan Celcom Home Fibre akan mengalami sedikit gangguan perkhidmatan.

Servis Celcom Home Fibre dijangka akan kembali pulih sepenuhnya pada jam 6.00 pagi hari itu juga. Tetapi sekiranya pelanggan Celcom Home Fibre mendapati servis tersebut tidak pulih seperti sedia kala selepas selesai kerja penyelenggaraan tersebut, pihak Celcom menasihatkan pelanggan mereka untuk mematikan router dan kemudian menghidupkannya semula.

Pada 4 Januari 2022 lalu, pihak Celcom memberitahu bahawa mereka telah pun selesai menjalankan kerja penyelenggaraan Celcom Home Fibre di Tanjung Malim dan Bernam Jaya, Perak.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY