Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Kepada pengguna windows tidak pernah terlepas daripada serangan virus. Pilihan yang ada ialah dengan memasang perisian anti-virus. Masalah dengan perisian anti-virus, ianya boleh menyebabkan komputer anda menjadi semakin perlahan kerana kebanyakan perisian anti-virus adalah agak "berat" penggunaan RAM nya. Jangan risau, artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda langkah alternatif yang boleh dicuba sebagai pengganti perisian anti-virus.

Kaedah ini sangat sesuai sekiranya komputer anda sering dikongsi oleh rakan-rakan. Caranya sangat mudah, ikuti tutorial berikut.

Langkah 1

Buka "Command Prompt" dengan "Run as Administrator".



Langkah 2

Taip "DISKPART" kemudian tekan "ENTER"



Langkah 3

Seterusnya Taip "List Volume" dan tekan "ENTER"



Langkah 4

Pilih "Drive" yang ingin di lindungi. Berdasarkan gambar dibawah, admin pilih "Drive D" maka taip

"select volume 3". Seterusnya taip "Attribute Volume Set ReadOnly" dan tekan "Enter" . Selesai.



Cara ini sangat berkesan untuk mencegah virus, namun ianya mempunyai satu kelemahan iaitu anda tidak dapat "save" apa-apa file pada disk tersebut apabila fungsi ini diaktifkan. Laksanalan fungsi ini apabila perlu sahaja. Selamat mencuba,