Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Diterbitkan Julai 22, 2017 oleh Tips Gajet

Kepada pengguna windows tidak pernah terlepas daripada serangan virus. Pilihan yang ada ialah dengan memasang perisian anti-virus. Masalah dengan perisian anti-virus, ianya boleh menyebabkan komputer anda menjadi semakin perlahan kerana kebanyakan perisian anti-virus adalah agak “berat” penggunaan RAM nya. Jangan risau, artikel kali ini kami akan berkongsi dengan anda langkah alternatif yang boleh dicuba sebagai pengganti perisian anti-virus.

Kaedah ini sangat sesuai sekiranya komputer anda sering dikongsi oleh rakan-rakan. Caranya sangat mudah, ikuti tutorial berikut.

Langkah 1

Buka “Command Prompt” dengan “Run as Administrator”.

Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Langkah 2

Taip “DISKPART” kemudian tekan “ENTER”

Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Langkah 3

Seterusnya Taip “List Volume” dan tekan “ENTER”

Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Langkah 4

Pilih “Drive” yang ingin di lindungi. Berdasarkan gambar dibawah, admin pilih “Drive D” maka taip

“select volume 3”. Seterusnya taip “Attribute Volume Set ReadOnly” dan tekan “Enter” . Selesai.

Cegah Virus Tanpa Sebarang Perisian

Cara ini sangat berkesan untuk mencegah virus, namun ianya mempunyai satu kelemahan iaitu anda tidak dapat “save” apa-apa file pada disk tersebut apabila fungsi ini diaktifkan. Laksanalan fungsi ini apabila perlu sahaja. Selamat mencuba,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY