Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cawan Kopi Cetakan 3D Ini Dibuat Dari 3 Bahan 100% Organik

Cawan Kopi Cetakan 3D Ini Dibuat Dari 3 Bahan 100% Organik

Diterbitkan April 18, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat pemula yang berpangkalan di San Francisco dan Jerman bernama GaeaStar telah menghasilkan cawan kopi menggunakan teknologi cetakan 3D yang mesra alam.

Pengguna tidak perlu pun bimbang atau rasa bersalah membuang cawan ini selepas meminum air darinya kerana cawan itu dibuat daripada 3 bahan yang 100% organik iaitu tanah liat, air dan garam.

Malah menurut GaeaStar, untuk menghasilkan cawan organik ini, mereka hanya menggunakan tenaga kira-kira 60% kurang daripada apa yang diperlukan bagi mencipta cawan plastik atau kertas tetapi harga yang hampir sama.

Syarikat itu juga berkata, cawan organik mereka adalah 10 kali lebih kuat daripada cawan kertas.

Buat masa ini, terdapat 3 saiz bekas organik yang sudah boleh ditempah orang ramai yang boleh dijadikan untuk hidangan ais krim, salad dan lain-lain.

Cawan Kopi Cetakan 3D Ini Dibuat Dari 3 Bahan 100% Organik
3 Saiz bekas makanan organik keluaran GaeaStar – 75ml, 150ml dan 300ml.

Manakala bagi cawan organik syarikat itu pula akan ditawarkan dalam 2 saiz iaitu 225ml dan 340ml yang masih dalam peringkat pembangunan.

Berkaitan

  • Kerajaan Umum Tol Rahmah Percuma Sempena Aidilfitri 2023
  • Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya
  • Kuota Internet Tambahan Percuma Untuk Pelan Prabayar Sempena Aidilfitri - Fahmi

Sumber: GaeaStar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY