Casio Tampil Dengan Cara Baru Untuk Ambil Gambar Selfie

Adakah anda seorang yang gilakan selfie? Anda bosan mengambil gambar selfie menggunakan telefon pintar? Kamera ini mungkin sesuai untuk anda. Casio TR-M11 merupakan sebuah kamera yang direka khas bagi tujuan mengambil gambar selfie terutama sekali untuk golongan wanita.



Hadir dengan rekaan bulat mirip alatan solek wanita, peranti dari Casio ini sudah boleh dibeli secara pra-tempah di Malaysia pada harga RM 2219. Kamera ini dilengkapi dengan sensor 10.5MP dan juga terdapat lingkaran 8 lampu LED mengelilingi lensa.



Dibahagian satu lagi adalah skrin paparan berukuran 2.5 inci yang dioptimumkan untuk foto berbentuk petak dan sudah pasti ia berita gembira bagi pengguna tegar Instagram.

Difahamkan, anda mampu mengambil sebanyak 225 tangkapan gambar untuk sekali cas. Jadi jika anda mahukan kelainan ketika berselfie boleh membeli kamera selfie keluaran Casio ini di Lazada.



Sumber: Gedung Rasmi Casio Exilim via Lowyat