Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dari syarikat tersebut dan juga Carl Pei sendiri berkemungkinan mahu memfokuskan kepada pelancaran OnePlus 8T terlebih dahulu.
Hari ini, Carl Pei sendiri telah memuat naik kenyataan rasmi di forum OnePlus tentang status beliau bersama syarikat tersebut.
https://twitter.com/getpeid/status/1317111392659492865
Dalam satu nota panjang, beliu sendiri mengesahkan beliau sudah tidak lagi bersama OnePlus setelah tempoh 7 tahun.
Faktor pemergiannya adalah lebih kepada faktor peribadi iaitu mahu fokus kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Umum mengetahui, Carl Pei menjadi pengasas bersama dalam usia yang muda jadi kini beliau ingin berehat sebentar setelah berada dalam arena teknologi telefon pintar agak lama.
OnePlus seperti yang kita tahu tidak mempunyai sejarah yang panjang kerana kewujudannya dalam industri boleh dikatakan setahun jagung jika dibandingkan dengan nama besar seperti Apple, Samsung, ataupun Huawei.
Namun begitu, falsafah yang tepat dan juga strategi pemasaran yang betul menjadikan syarikat ini antara yang disebut-sebut dan kini makin dikenali oleh kebanyakan pengguna telefon pintar.
Jika anda mahu membaca nota penuh yang dimuat naik oleh Carl Pei, boleh ke pautan ini.
Sumber: OnePlus Forum
Berkaitan
- OnePlus Band Dilancarkan Dengan Paparan AMOLED Dan Ketahanan Bateri 14 Hari
- Dengan Harga Jualan Siri OnePlus 8 Yang Lebih Mahal, Sanggupkah Pengguna Untuk Membayarnya?
- OnePlus 7T Pro Diumumkan - Snapdragon 855+, Warp Charge 30T, Edisi McLaren
- OnePlus Buds Diumumkan - Sokongan Dolby Atmos Dan Ketahanan Bateri Sehingga 30 Jam
- OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077 Kini Rasmi Dengan Rekaan Ranggi Dan Radikal
- OnePlus Sedang Bangunkan Telefon Dijana Naga 460, Skrin HD, Dan 6,000mAh
- Google Jual Lebih Banyak Peranti Pintar Berbanding OnePlus Sepanjang Tahun 2019
- OnePlus Nord N10 Dan Nord N100 Diperkenalkan Sebagai Pilihan Lebih Bajet Jenama OnePlus
- Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T - Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju
- OnePlus 8 Pro Dilancarkan - Hasil Apabila OnePlus Mula Menjengah Masuk Ke Pasaran Flagship Premium