https://www.youtube.com/watch?v=DW61PpKJGm8&feature=emb_title
'Humming' untuk membuat carian lagu
Pengguna kini boleh membuat carian lagu hanya melalui humming, siulan atau nyanyian melodi di aplikasi Google pada peranti Android dan iOS.
Buat masa ini, ciri ini tersedia lebih daripada 20 bahasa. Google menyatakan lebih banyak bahasa akan menyokong ciri ini pada masa akan datang.
Untuk memulakan carian menggunakan fungsi ini, hanya perlu masuk ke aplikasi Google, tekan pada ikon mikrofon dan klik pada butang "Search for a song". Anda juga boleh menggunakan Google Assistant dan bercakap "Hey Google, what's this song?".
Setelah itu, mula humming atau bersiul sekitar 10 hingga 15 saat. Kemudian, algoritma mesin pembacaan akan mula mengenalpasti padanan lagu yang berpotensi.
Percubaan kami mengalunkan bunyi atau humming lagu Arab, Hindustan, Korea, Mandarin, Inggeris, Melayu, Indonesia dan lain-lain memberikan hampir 100% keputusan carian lagu yang tepat.
Oleh itu, jika pada masa akan datang anda hanya mengetahui melodi lagu, humming atau bersiul pada carian Google sahaja untuk mendapatkan tajuk lagu tersebut.
Sumber: Google
Berkaitan
- Google Perkenal Papan Kekunci 'TalkBack' Braille Untuk Pengguna OKU Penglihatan
- Google Chrome Share UI - Kongsi Gambar Dari Pelayar Dengan QR Code
- Google Malaysia Mohon Maaf Berhubung Kesilapan Kadar Pertukaran Ringgit
- Google Kelak Bolehkan Pengguna Padam Akaun, Data Aplikasi Android Dengan Mudah
- Google Dilapor Akan Uji Cip Tensor Di Taiwan Sebelum Beralih Ke TSMC
- Google Meet Tawar Panggilan Video Percuma Bermula Mei Ini
- Google Pixel 5 Dilaporkan Mengalami Masalah Pada Skrin Paparan Dan Bingkai
- Apple, Google Kerjasama Untuk Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan
- Kadar Tukaran MYR Tidak Lagi Dipaparkan Secara Terus Di Google Search
- Didakwa Langgar Privasi, Google Dan Meta Didenda Lebih RM324 Juta Di Korea Selatan