Carian Google Images pada aplikasi pelayar Chrome kini bakal memudahkan pengguna yang mahukan maklumat lanjut mengenai sesuatu objek di dalam gambar. Bermula pada minggu yang lalu, butang Lens telah disertakan pada carian tersebut yang mana ia menawarkan fungsi sama seperti Lens bagi Google Assistants dan Google Photos.

Butang Lens disebelah butang Share

Ciri ini menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memahami objek tersebut dan ia akan memaparkan imej-imej lain yang serupa. Apabila butang Lens ditekan, beberapa titik akan muncul pada objek dan seterusnya anda boleh pilih mana-mana objek yang diingini untuk mempelajari lebih lanjut mengenainya.

Lens bagi Google Images turut membantu pemilik laman web dengan menawarkan cara baru untuk mereka ditemui menerusi carian visual, sama seperti carian tradisional Google Search.

IKLAN