Carian Google Di Komputer Akan Terima Tema Gelap

Semakin hari semakin banyak aplikasi atau laman web yang mempunyai tema gelap.

Ini kerana tema gelap ini membantu dan mengurangkan kesakitan pada mata dalam penggunaan jangka masa yang lama.

Terbaru, Google kini sedang menguji tema gelap pada enjin carian mereka melalui pelayar di komputer.



Bermakna, sekiranya anda mengaktifkan tema gelap pada sistem operasi, secara automatik carian di google akan berlatarbelakangkan warna gelap.

Namun begitu, masih belum ada kepastian lagi bilakah ciri ini akan hadir buat semua pengguna.

Buat masa sekarang, hanya segelintir pengguna yang sudah menerima tema gelap ini.

Sumber: The Verge