Huawei hari ini melancarkan penjejak kesihatan mereka iaitu Huawei Band 4e yang mana jualan secara ekslusif pada hari jumaat ini, 19 Februari 2021.
Peranti ini sesuai buat golongan yang aktif kerana ia tampil dengan penjejak seperti berbasikal dan larian.
Bagi peminat sukan bola keranjang, Huawei Band 4e hadir dengan mod sukan ini untuk merekod cara permainan anda.
Selain itu, peranti ini dikatakan mampu bertahan sehingga 2 minggu pada kadar penggunaan biasa dan turut kalis air 5ATM.
Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih - Graphite Black dan Mineral Red. Ia dijual pada harga RM119 tetapi sempena kehadirannya, anda boleh dapatkan serendah RM69 hanya pada jumaat ini (sementara stok masih ada).
Pembelian boleh dibuat menerusi kedai dalam talian Huawei Store dan Lazada.
Berkaitan
- Huawei Watch 3 Diperkenal, Lebih Banyak Ciri Kesihatan
- Huawei "Flip" Mungkin Dilancar Tahun Ini, Pesaing Samsung Tapi Harga Lagi Murah
- Huawei 11.11 Super Sale, Diskaun Sehingga RM1,700 Dan Hadiah Bernilai Sehingga RM16,000
- HarmonyOS Tidak Terhad Untuk Peranti Huawei
- Huawei MateStation - Spesifikasi PC Huawei Didedahkan
- Huawei Mengesahkan Tarikh Pelancaran Mate 40 Pada 22 Oktober
- iPhone 13 Dilapor Akan Dijual Dengan Harga Mahal Sedikit Berbanding iPhone 12
- Huawei Freebuds Pro, Watch GT 2 Pro, MatePad T10s Dilancarkan: Harga Bermula RM 699
- Huawei Mungkin Akan Guna Lensa Cecair Untuk Fokus Imej Lebih Pantas
- Pra-Tempah Huawei nova 9 Kini Bermula, Ini Harga Rasminya Di Malaysia