Cari Pekerjaan Menggunakan Aplikasi Waze

Kalau selama ini anda gunakan Waze hanya untuk mencari kedai makan, rumah saudara mara, dan destinasi lain, kini ia juga mampu membantu anda mencari peluang pekerjaan.

Betul ke?

Ya betul, ia adalah hasil dari kerjasama GRADUAN dan Waze dalam membantu golongan yang sedang mencari pekerjaan.

Siapa GRADUAN?

GRADUAN merupakan agensi sumber pekerjaan yang telah bertapak selama 23 tahun dalam negara. Mereka menyediakan platform yang memudahkan orang ramai mencari peluang pekerjaan.

Macam mana nak guna?

Menerusi program GRADUAN x Waze ini, anda hanya perlu taip Graduan, atau Job, atau Jobs, dan seterusnya aplikasi akan membawa anda ke lokasi syarikat yang menawarkan pekerjaan.



Ia akan memaparkan peluang pekerjaan yang berada dalam radius 5KM dari tempat anda berada. Sejumlah 100 buah syarikat telah bekerjasama dalam menjayakan program ini. Antaranya adalah:

  • Sime Darby

  • Maybank

  • Pharmaniaga


Buat masa sekarang, program ini sudah boleh digunakan di kawasan

  • Kuala Lumpur

  • Petaling Jaya

  • Pulau Pinang

  • Johor


Nampaknya tiada alasan lagi untuk anda terus kekal tanam anggur. Hidupkan enjin kereta, buka Waze dan carilah kerja!

Sumber: BH Online