Cari Dokumen Secara Pantas Di Telefon Android

Kebanyakkan telefon pintar yang dikeluarkan sekarang mempunyai storan dalaman yang besar, ditambah pula dengan memori tambahan seperti kad MikroSD, beribu-ribu fail dan data terletak didalamnya.

Adalah menjadi masalah jika anda terlupa di mana letaknya sesuatu fail atau dokumen itu dan terpaksa menyusuri satu persatu senarai fail serta dokumen terbabit.

Fast Finder, satu aplikasi carian yang dapat membantu anda mencari dengan lebih lancar dan pantas. Ia mampu mencari data seperti...

  • senarai kenalan,

  • aplikasi,

  • lagu,

  • video, dan

  • dokumen.






Untuk memudahkan akses, aplikasi ini boleh diintegrasikan dengan pelancar Android dan anda hanya perlu sentuh 2 kali butang Home, Fast Finder akan terpapar.

Kapsyen: Contoh bagi Nova Launcher


Anda turut boleh melakukan carian berdasarkan format fail, seperti contoh;  gambar dengan format png, anda taip"png" dan hanya format ini sahaja yang akan dipaparkan pada hasil carian.

Sedikit kekurangan aplikasi ini adalah ia tidak berupaya mencari e-mel tapi apa yang bagus tentang aplikasi ini adalah, satu aplikasi untuk pelbagai carian.

Muat turun aplikasi>> Fast Finder