Carbon 1 Mark II - Peranti Pertama Di Dunia Dengan Bahan Binaan Gentian Karbon

Pada masa kini, kebanyakan peranti pintar diperbuat plastik polikarbonat, aluminium, kaca dan yang berkait dengannya. Namun ada juga yang syarikat bereksperimen menghasilkan peranti pintar dengan bahan binaan unik seperti titanium, seramik, malah gentian karbon (carbon fibre).

Tetapi untuk gentian karbon ia merupakan sesuatu yang masih baharu. Sebuah syarikat bernama Carbon Mobile telah mengumumkan Carbon 1 Mark II buat pertama kalinya peranti pintar dengan bahan binaan gentian karbon.


Kelebihan bahan binaan gentian karbon


Jika anda bertanya mengapa gentian karbon yang digunakan. Ini jawapannya menurut syarikat tersebut. Dengan gentian karbon, peranti akan menjadi ringan dan sangat nipis.



Carbon 1 Mark II mempunyai berat hanya 125g dengan ketebalan 6.3mm. Bukan sahaja ia peranti pertama yang dihasilkan dengan gentian karbon, ia juga pada masa yang sama peranti ternipis dan teringan buat masa ini.

Spesifikasi Carbon 1 Mark II


Peranti ini dijana oleh cip MediaTek Helio P90, skrin bersaiz 6.01 inci AMOLED. Terdapat storan dalaman 128GB namun RAM tidak dinyatakan.

carbon1

Kamera ini juga mempunyai dwi-kamera belakang dengan butiran yang juga tidak dipesifikkan. Bateri peranti mempunyai 3,040mAh dengan pengecasan USB Type-C. Tidak diketahui sama ada peranti menyokong mana-mana teknologi pengecasan pantas atau tidak.

Harga


Untuk sebuah peranti dengan spesifikasi yang biasa-biasa sahaja, ia dijual pada harga yang agak mahal iaitu 800 euro (~RM3,717). Mungkin juga ia mahal disebabkan bahan binaan yang digunakan.

Menurut Carbon Mobile, hanya 2000 unit sahaja yang akan dijual dan pengeposan peranti akan bermula Jun 2020 nanti.

Sumber: Carbon Mobile

Berkaitan