iPhone kebiasaanya dijual dengan harga yang agak tinggi berbanding dengan kebanyakan peranti yang ada dalam pasaran. Dengan kedatangan iPhone SE yang terbaru dari Apple, ia membuka lembaran baharu untuk pengguna memiliki iPhone dengan harga yang rendah.

Sehubungan dengan itu, pihak iTworld kini sedang mengadakan program “iPhone For Everyone” yang ditujukan kepada untuk golongan yang mahu memiliki iPhone dengan harga lebih berkemampuan.

Ini merupakan ciri-ciri menarik mengenai program ini:

  • Tidak memerlukan kad kredit
  • Pembayaran harga rendah
  • Permohonan ringkas dalam masa 1 jam
  • Tidak memerlukan sebarang dokumen. Hanya perlukan IC dan berumur 18 tahun ke atas
  • Boleh ambil peranti terus tanpa perlu menunggu
  • Ansuran sehingga 36 bulan

Mengenai program ini, terdapat 2 pilihan iPhone yang boleh dipilih iaitu iPhone SE terkini dan juga iPhone 7 Plus serendah RM66 sebulan. Ansuran boleh dibuat dalam 2 pilihan antara 24 bulan ataupun 36 bulan.

IKLAN

iPhone SE

Untuk iPhone SE, anda boleh memilikinya serendah RM78 sebulan. 3 pilihan kapasiti yang ditawaran adalah dari 64GB, 128GB, dan 256GB.

Ini merupakan harga ansuran untuk tempoh bayaran:

64GB

  • RM78 sebulan (36 bulan)
  • RM110 sebulan (24 bulan)

128GB

  • RM85 sebulan (36 bulan)
  • RM120 sebulan (24 bulan)

256GB

  • RM104 sebulan (36 bulan)
  • RM147 sebulan (24 bulan)

Jadi, ini bermakna anda boleh memilih mana-mana warna dan juga saiz storan dalaman yang dikehendaki.

iPhone SE

Mengimbas kembali ciri-ciri menarik pada iPhone SE, ia hadir dengan reka bentuk kecil 4.7 inci Retina HD yang sesuai digunakan untuk pengguna yang tidak mahukan saiz peranti yang besar. Bersama-sama itu, ia menawarkan cip A13 Bionic yang cemerlang untuk bermain permainan dan juga rakaman video 4K 60fps.

iPhone 7 Plus

iPhone 7 Plus merupakan satu lagi model yang ditawarkan dalam program ini. Untuk peranti ini hanya kapasiti 128GB sahaja yang ditawarkan dan dalam pilihan warna hitam sahaja. Anda boleh memilliki iPhone 7 Plus dengan hanya serendah RM66 sebulan.

Ini merupakan senarai penuh harga ansuran:

128GB

  • RM66 sebulan (36 bulan)
  • RM93 sebulan (24 bulan)

Menggunakan iPhone 7 Plus, ia masih lagi relevan digunakan sekarang kerana mendapat sokongan iOS 14 yang terbaharu.

iPhone 7 Plus

Selain itu, ia juga menawarkan skrin besar bersaiz 5.5 inci Retina Full HD selain saiz kapasiti bateri yang besar untuk penggunaan bateri sepanjang hari.

Permohonan

Jika mahu memohon, ini adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:

  • Berkunjung ke kedai iTworld terdekat anda (Periksa di sini)
  • Pilih peranti dan pelan ansuran yang sesuai dengan keperluan anda
  • Isi borang dan hantar permohonan
  • Bayar untuk yuran program sekali sahaja*
  • Bawa peranti idaman anda balik ke rumah

*Yuran program ini merupakan bayaran jumlah ansuran untuk satu bulan iaitu:
Jumlah keseluruhan ketika memohon = Bayaran pendahulu bulan pertama + Yuran program

Jadi, program ini dilihat sangat sesuai untuk pengguna yang tidak mahu berbelanja besar untuk memiliki sebuah iPhone. Untuk maklumat lanjut mengenai program iPhone For Everyone oleh iTworld ini, boleh layari pautan ini.

Artikel ini merupakan advertorial dari iTworld Malaysia.