Cara Untuk "Update" Pemain Video VLC

Kehebatan pemain video VLC sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, kemampuannya untuk memainkan hampir kesemua jenis fail video sama ada pada PC mahupun atas talian menjadikannya sukar untuk ditandingi oleh mana - mana aplikasi setara yang lain.

Apapun, untuk menikmati kemaskini fungsi terkini daripada VLC, anda perlu melakukan kemaskini. Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali, jalankan perisian VLC kemudian klik pada menu berikut.



Sekiranya terdapat kemaskini yang terkini, maka akan muncul paparan berikut. Klik sahaja pada tombol Yes



Setelah selesai proses muat turun, Klik pada tombol Install pada paparan berikut.



Klik pada tombol Next



Setelah semuanya selesai, klik sahaja pada tombol finish



Sekarang pemain VLC anda sudahpun siap dikemaskini, boleh semak pada menu Updates untuk mengetahui sama ada ianya betul - betul telah dikemaskini ataupun tidak



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan