Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

Menonton video yang tidak selari dengan audio memang menyedihkan. Jika anda menggunakan pemain video VLC (Android atau komputer) dan menghadapi masalah ini, terdapat cara untuk membaikinya.

Bagi pengguna VLC di Android, anda boleh lakukan dengan cara;

  • Buka video tersebut dalam aplikasi VLC

  • Pada paparan kawalan, tekang butang titik tiga.




  • Tekan pula butang yang ditunjukkan dibawah.




  • Pilih sama ada anda mahu laju atau perlahankan audio.




Ia diukur menggunakan unit milisaat (ms). Jika bunyi dilewatkan 1000ms maka ia akan dimainkan selepas 1 saat video bermain.

Untuk mudah difahami, apabila bunyi kedengaran terlebih dahulu dari video, laraskannya dengan butang manakala jika audio lebih lambat dari video, boleh laraskannya dengan butang -.

Bagi pengguna VLC dikomputer pula, cara tetapan untuk selarikan audio dan video boleh dilakukan dengan...

  • Mainkan video tersebut pada pemain VLC

  • Jika audio anda terlalu laju, tekan butang 'K' pada papan kekunci untuk perlahankannya. Jika video bergerak dahulu, dan bunyi lambat, tekan butang 'J'.

  • Bagi pengguna Mac pula, butang pintasan adalah 'G' dan 'F'.

  • Paparan masa yang dilajukan atau diperlahankan ditunjukkan pada sebelah atas kanan.


Anda juga harus maklum bahawa ini tetapan ini bersifat sementara, bermaksud jika anda tutup video dan mainkan semula, masalah ini akan kembali terjadi.

Jadi, anda boleh tetapkannya terus dengan cara;

  • Pergi ke ☰ Menu

  • Tekan Settings

  • Dibawah Extra Settings, tekan Video

  • Tandakan pada pilihan Save Audio Delay




Tetapan ini akan disimpan untuk video tersebut sahaja. Jika ada video lain yang mengalami masalah serupa, lakukan langkah diatas.

Sumber: VLC

Berkaitan