Cara Untuk Pindah Fail Dengan Pantas Daripada Peranti Pintar Android & iOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini admin ingin kongsikan satu aplikasi yang wajib anda pasang pada peranti pintar anda. Aplikasi ini sesuai untuk semua jenis sistem operasi seperti Android, iOS dan windows.

Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat memindahkan fail dengan kelajuan yang sangat pantas kesemua jenis peranti. Bayangkan sekiranya anda dapat berkongsi sebarang fail dengan pelbagai saiz dengan kelajuan 200 kali ganda Bluetooth.

Apa yang lebih menarik lagi, proses pemindahan tersebut tidak memerlukan sebarang sambungan internet, bluetooth mahupun wayar, ianya hanya menggunakan fungsi WIFI tanpa internet yang sedia ada pada peranti anda dan dapat beroperasi dengan baik walaupun fail tersebut dikongsikan kepada peranti berlainan sistem seperti Android dan iOS.



Berdasarkan percubaan yang kami lakukan, fail yang bersaiz 1GB dapat dipindahkan daripada Android ke iOS dengan mengambil masa tidak sampai 1 minit, memang sangat laju. Lagi sekali kami ulang, tiada sebarang sambungan internet atau wayar diperlukan.

Antara kelebihan aplikasi ini

  • Dapat kongsi pelbagai fail dengan mudah

  • Kelajuan 200 kali ganda berbanding Bluetooth

  • Tanpa USB, Data dan Internet

  • Tersedia kepada Android, iOS dan Windows

  • Mudah digunakan


Berikut langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memasang aplikasi ini

Langkah 1

Pasang aplikasi SHAREit daripada Playstore ataupun Appstore bergantung kepda jenis peranti yang anda gunakan.



Langkah 2

Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang "start"



Langkah 3

Tidak perlu bersusah payah untuk daftar akaun, log masuk sahaja dengan menggunakan akaun Facebook anda.

 



Langkah 4

Pilih fungsi "Send" sekiranya anda ingin mula untuk memindahkan fail atau "Received" untuk menerima fail.



Langkah 5

Pilih mana-mana fail yang adna berkenan untuk berkongsi. klik sahaja pada menu video, music, photos dan lain-lain. Kemudian klik pada menu "Next"



Langkah 6

Seterusnya  paparan berikut akan muncul, pastikan peranti yang ingin anda sambungkan untuk proses penghantaran berada berdekatan dengan peranti si penghantar.



Pastikan si penerima sudah megaktifkan menu "Received"



 

Maka dengan itu fail yang ingin dihantar tersebut akan terus di terima. Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.