Cara Untuk Pasang Extension Chrome Pada Microsoft Edge

Dengan sentuhan terkini daripada Microsoft, pelayar Edge semakin menjadi pilihan pengguna PC dek kerana ciri keselamatan dan kelajuannya yang sudah dinaik taraf.

Namun tahukah anda bahawa Extension Google Chrome juga boleh dipasang pada pelayar Edge ? Berikut kami kongsikan caranya.

Pertama sekali klik pada menu tiga titik berikut



Kemudian klik pada menu Extensions



Seterusnya aktifkan "Allow Extensions from other stores"



Pada paparan berikut klik pada tombol Allow



Kemudian masuk ke laman Chrome Web Store

Cari dan muat turun mana - mana extension Chrome yang anda berkenan dan klik pada tombol "Add to Chrome"



Seterusnya klik pada tombol Add Extension, selesai.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan