Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Pasang Android Nougat Dalam Nexus

Cara Untuk Pasang Android Nougat Dalam Nexus

Diterbitkan Ogos 23, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Helmi Samsuri
Cara Untuk Pasang Android Nougat Dalam Nexus

Semalam, Google sudah memulakan versi terbaharu android, 7.0 Nougat untuk peranti Nexus. Versi terkini itu bakal menampilkan penambahbaikan terhadap tugasan-pelbagai dan kawalan notifikasi yang lebih baik. Nougat bakal menemui pengguna beberapa minggu lagi, tetapi jika anda mahukannya sekarang berikut ialah langkah-langkah pemasangan.

Pertama sekali, anda perlukan peranti yang sesuai. Ini bermaksud peranti seperti Nexus 5X, Nexus 6, Nexus 9, Nexus Player, Pixel C Tablet ataupun General Mobile 4G. Seterusnya, anda perlu mendaftar di Android Beta Program menggunakan akaun Google sama seperti peranti yang ingin dipasang dengan android Nougat itu. Kemudian, pilih Handset atau Tablet, terima syarat dan terma. Akhir sekali tekan Join Beta.

Google menjelaskan proses menghantar kemaskini itu mungkin memakan masa selama 24 jam, tetapi beberapa pengguna yang telah melakukan kemaskini itu menyatakan proses itu cuma berlaku beberapa saat.

Dengan pemasangan Nougat 7.0 itu, anda boleh mengakses split-screen (tekan lama butang “Overview” dan anda boleh mula menyusun windows) dan beberapa sistem dan fungsi yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY