Cara Untuk Pasang 2 Simkad + 1 Kad Memori Serentak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini khusus untuk anda yang memiliki peranti pintar android dengan fungsi dua simkad. Memang seronok sekiranya dapat menggunakan 2 simkad serentak, maklumlah dengan pelbagai pakej yang menarik ditawarkan oleh telco-telco mutakhir ini ramai yang memilih untuk menggunakan 2 simkad untuk satu peranti.

Apa yang menjengkelkan ialah, untuk sesetengah peranti yang mempunyai slot simkad jenis "hybrid" memerlukan anda memilih sama ada mahu menggunakan 2 simkad ataupun 1 simkad + 1 kad memori. Sehingga hari ini masih belum ada peranti android yang membolehkan slot di pasang dengan ketiga-tiga kad tersebut.

 



Kepada anda diluar sana yang teringin untuk menggunakan 2 simkad + kad memori, jangan bersedih kerana terdapat satu slot tambahan khas yang sudah ada dipasaran untuk memboleh kan impian anda tersebut menjadi kenyataan. dibawah adalah contoh slot tersebut.

 


Slot ini berharga dalam lingkungan RM20 sahaja.


 

Untuk memasangnya pada peranti pintar anda, ikuti sahaja langkah-langkah mudah berikut.

Langkah 1

Pasang simkad pertama anda dan kad memori pada slot simkad peranti anda



Langkah 2

Masukkan simkad kedua anda pada ruangan khas slot tambahan dan tindih bahagian kuprum tersebut pada bahagian kad memori anda.



Langkah 3

Sterusnya masukkan kedua-dua slot tersebut kedalam peranti pintar anda.

Langkah 4

 

Selesai. Simkad kedua anda yang terjuntai di luar bolehlah diselitkan dibahagian belakang peranti pintar dan tutup kan ia dengan "casing" peranti.



 



 

Ringkas dan murah, menarik bukan?.Untuk makluman anda slot simkad tambahan ini boleh didapati dengan mudah melalui portal atas talian seperti Lazada, Ali express dan sebagainya dengan membuat carian "Hybrid Slot Simcard"  Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.