Cara Untuk Muat Turun Fail Dokumen Scribd

Kepada anda yang berkecimpung dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pelajar mahupun pensyarah, sememangnya mencari bahan rujukan menggunakan laman Scribd adalah tidak asing lagi.

Malangnya akaun Scribd adalah agak leceh untuk dimuat turun fail dokumen yang disediakan. Apapun jangan bersedih, berikut kami kongsikan langkah mudah untuk anda muat turun dokumen bawaan Scribd.

Pertama sekali buat carian dokumen yang ada ingin muat turun pada laman Scribd.



Setelah menemui fail yang ada berminat, salin pautan pada address bar



Seterusnya masuk ke laman Doc Downloader dengan menggunakan pautan berikut.

Doc Downloader

Tampal pautan yang anda salin sebentar tadi pada ruangan yang disediakan, seterusnya klik pada tombol Get Link.



Klik pada tombol Download PDF



Setelah keterangan berikut muncul, klik pada tombol Download PDF sekali lagi untuk memuat turun kandungan failnya, selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan