Cara Untuk Menyembunyikan "Masa Aktif" Pada Instagram

Sangat sesuai kepada anda yang inginkan masa privasi ketika melayari media sosial Instagram. Dengan kaedah ini, anda tidak perlu risau lagi diketahui oleh rakan-rakan sama ada anda sedang aktif ataupun tidak.

Agak menjengkelkan sekiranya anda dapat dikesan dengan mudah seperti berikut.



Jangan risau, berikut kami kongsikan cara untuk kekal "halimunan" pada Instagram. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke profil Instagram anda.



 

Kemudian pilih ikon tiga titik pada sebelah kanan atas



Masuk ke Show Activity Status, kemudian matikannya seperti dibawah.



Selesai, sekarang masa aktif anda tidak lagi dapat dikesan oleh pengguna lain.



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.