Cara untuk Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Khusus kepada anda yang ingin menjaga privasi, terutamanya kepada orang yang tidak dikenali.

Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara-cara untuk menetapkan mod privasi pada gambar profil Whatsapp.

Buka aplikasi Whatsapp dan pilih menu Setting



 

Seterusnya masuk ke menu Account >> Privacy



 

Masuk ke manu Profile Photo, lalu akan muncul paparan pilihan seperti berikut. Tetapkan kepada tahap privasi yang anda inginkan, sekiranya anda memilih My contacts maka hanya nombor Whatsapp dalam simpanan anda sahaja yang akan dapat melihat gambar profil anda.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan