Cara Untuk Menyelaraskan "Subtitles" Dan Audio" Menggunakan Pemain VLC

Kepada anda yang suka menonton video menggunakan PC, sudah pasti akan terasa agak menjengkelkan sekiranya terjadi masalah Audio yang tidak selari dengan Video yang ditonton. Begitu juga sekiranya terjadi pada masalah yang sama pada sarikata yang dimasukkan.

Apappun jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara mudah untuk anda menyelaraskan kembali Audio dan sarikata pada Pemain VLC.

 

Masalah Audio tidak selaras

Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu menekan kekunci J ataupun K untuk menganjakkannya ke hadapan mahupun kebelakang. Buat sehingga ianya betul - betul selaras.



 

Masalah Subtitle tidak selaras

Caranya lebih kurang sama iaitu dengan menekan kekunci H ataupun G untuk menganjakkannya kehadapan ataupun kebelakang, selesai.



 

Dengan itu anda boleh menonton filem ataupun rancangan kegemaran anda dengan lebih puas tanpa sebarang masalah. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan