Cara Untuk Menukar Teks Kepada Audio

Pasti para pelajar sekarang terlibat dengan pelbagai projek yang memerlukan audio dalam bahasa inggeris, bahasa perancis dan sebagainya. Atau anda mempunyai bahan bacaan digital tetapi mungkin mahukannya dalam bentuk audio? Bagi menyelesaikan masalah tersebut, berikut merupakan cara menukar teks ke dalam bentuk audio.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang  : https://notevibes.com/ (laman ini hanya mengehadkan 200 karakter dalam satu-satu masa)



Seterusnya anda hanya taip atau masukkan teks pada ruangan kosong seperti diatas dan kemudia boleh pilih senarai suara yang disediakan. Antara yang ditawarkan adalah US English, UK English, French, German, Italian, Portuguese dan Russian dan banyak lagi. Selain itupilihan suaran, anda juga boleh menetapkan tempo sebutan sama ada laju atau perlahan mengikut kesesuaian pengguna.

Setelah selesai dengan tetapan, klik pada butang Convert untuk proses yang selanjutnya.



Sebelum memuat turun, terdapat ciri untuk mendengar audio tersebut terlebih dahulu untuk memastikan ia bersesuaian dengan apa yang anda mahukan atau tidak. Sekiranya mahu boleh ulang semula langkah diatas dan jika sudah berpuas hati, boleh terus muat turun audio tersebut dengan tekan butang Download MP3 berwarna biru.



Akhir sekali, pengguna sudah memiliki audio tersebut yang berada di dala komputer pengguna sendiri. Mudah dan pantas kan? Selamat mencuba.

Berkaitan