Cara Untuk Menukar "Background" Gambar Menggunakan Android

Sebelum ini kami pernah berkongsi kaedah ini menggunakan perisian Adobe Photoshop. Berikut salah satu kaedah yang boleh digunakan dengan menggunakan Android.

Caranya sangat mudah, boleh sahaja ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Pasang aplikasi Auto Photo Cut Paste daripada Playstore terlebih dahulu.



 

Langkah 2

Buka apliaksi tersebut dan pilih menu Cut Photo untuk memilih gambar yang ingin ditukarkan latar belakangnya.



 

Langkah 3

Setelah mendapatkan gambar yang diinginkan, pilih menu auto untuk membuangkan latar belakangnya dengan serta merta.



 

Langkah 4

Sekiranya masih ada lagi sisa latar belakang yang tidak dapat dihapuskan, anda boleh merapikannya menggunakan fungsi manual.



 

Langkah 5

Sekiranya sudah selesai maka akan muncul pop up pilihan seperti berikut. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memilih menu Add Background.



 

Langkah 6

Anda boleh memilih template gambar yang sedia ada ataupun mana-mana gambar yang anda inginkan. Seterusnya lakukan tetapan "Shadow dan "Shading". Terakhir sekali selepas semuanya selesai, tekan tombol Save diatas kanan.



 

Langkah 7

Inilah hasil yang sudah selesai.



 

Maklum balas daripada pengguna juga agak baik.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan