Cara Untuk Menukar Audio Kepada Teks

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips berikut sangat sesuai untuk para pelajar ataupun kepada yang ingin menterjemah rakaman suara audio terus kepada salinan teks. Terdapat juga perlbagai pilihan bahasa lain selain bahasa inggeris.

Masalah yang selalu kita hadapi adalah kesukaran untuk memahami percakapan dalam bahasa inggeris, kerana sebutannya datang dengan pelbagai slanga dan kadang - kadang terlalu pantas.

Untuk menjadikan Fail audio kepada teks tulisan, ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang

https://speech-to-text-demo.mybluemix.net/


Pilih jenis model bahasa yang anda ingin terjemahkan kepada teks



 

Boleh sahaja muat naik dail audio yang sedia ada dalam PC anda, ataupun rakam sahaja terus pada laman tersebut. Sebelum muat naik pastikan fail tersebut dalam format WAV, FLAC & OPUS sahaja, sekiranya dalam format yang lain, pastikan anda tukarkannya dahulu formatnya.



 

Boleh cuba pautan berikut untuk menukar jenis format audio

http://www.zamzar.com/convert/3gp-to-wav/


Tunggu sahaja sehingga proses penukaran kepada teks selesai dibuat, berikut adalah contoh paparannya.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

 

Berkaitan