Cara Untuk Menjadikan Mesin Pencetak Biasa Kepada "Wireless Printer"

Penggunaan mesin pencetak tanpa wayar sememangnya sangat popular mutakhir ini, ianya menjadikan tugas untuk mencetak sangat mudah dan pantas untuk dilakukan.

Namun kepada anda yang memiliki pencetak biasa, jangan bersedih, berikut kami kongsikan cara - cara untuk mengubah Printer jenis biasa kepada jenis Wireless. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali pastikan anda memiliki kemudahan internet WiFi seperti streamyx, Unifi, ataupun mana - mana perkhidmatan yang setara dengannya,

Untuk pengguna Streamyx & Unifi, kebiasaannya pada bahagian belakang modem akan tersedia satu port USB seperti berikut. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menyambung pencetak kepada router yang dibekalkan menggunakan kabel USB to USB.



 

Sekiranya Router tidak tersedia dengan port USB, anda boleh sahaja menyambungnya menggunakan Ethernet to USB cable seperti berikut.



Letakkan pencetak anda berdekatan dengan Router agar ianya dapat disambung dengan mudah.



Sambungkan pencetak kepada Router.



Sambungkan pencetak kepada sumber kuasa



Hidupkan mesin pencetak.



Tunggu dalam lebih kurang 10 minit agar Router tersebut siap mengemaskinikan sambungannya.



Akhir sekali buat tetapan pada PC yang ingin menggunakan perkhidmatan pencetak tersebut. Bagi pengguna WIndows, masuk ke Setting > Devices > printer & scanner > Add printer & Scanners > Add Device. Pilih jenis pencetak yang sama seperti yang anda sambungkan ke Router sebentar tadi. Selesai.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan