Cara Untuk Menjadikan Incognito Mod Secara "Default"

Memang leceh sebab perlu sentiasa pilih mod incognito ketika ingin melayari laman sesawang yang anda tidak ingin direkod "History".

Berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan mod Incognito Google Chrome sebagai mod utama setiap kali chrome di buka. Caranya sangat mudah.

Pertama, buka Google Chrome kemudian klik kanan logo Google Chrome di taskbar dan klik kanan lagi pilihan Google Chrome seperti gambar



Seterusnya pilih properties, maka akan muncul pop up tetapan shortcut di Google Chrome.



Pilih target, kemudian edit dengan menambahkan -incognito setelah "space" dan klik OK

Berikutnya buka New incognito window dan Pin this program to task bar. Selesai, sekarang jika anda menggunakan Google Chrome, maka ianya akan terus masuk ke halaman incognito window.



Itu sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.