Cara Untuk Menjadikan Firefox Sentiasa Dalam Mod Privasi

Kepada anda yang menggunakan pelayar Firefox untuk melayari internet, berikut kami kongsikan cara untuk mempastikan pelayar tersebut sentiasa ditetapkan secara lalai dalam mod Private.

Pertama sekali klik pada menu 3 garis berikut.



Kemudian pilih menu Options.



Pada paparan berikut pilih menu Privacy & Security.



Seterusnya pada paparan History > Firefox Will, pilih menu Use Custom Setting For History.



Tandakan pada kotak berikut.



Selepas kotak tadi di tanda maka paparan Restart Browser akan muncul. Klik sahaja pada tombol berikut, selesai.



Dengan itu setiap kali anda menggunakan pelayar Firefox, secara otomatik mod privasi akan diaktifkan yang mana segala jejak atau History penggunaan tidak akan direkod.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan