Cara Untuk mengunci Whatsapp Daripada Dibuka Tanpa Kebenaran

Whatsapp merupakan aplikasi kemunikasi tersohor di Malaysia, Ianya digunakan samada untuk tujuan Rasmi mahupun kasual. Sudah tentu pelbagai perbualan sulit atau yang tidak sesuai untuk bacaan oleh pihak lain menjadi kerisauan kepada anda.

Kebanyakan peranti Android terkini sudah dilengkapi dengan fungsi mengunci aplikasi, namun bagi versi yang lama berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh anda cuba.

 

Pertama sekali pasang aplikasi Applock pada peranti anda, ianya boleh didapati pada laman sesawang ApkPure.com



 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan pilih aplikasi yang ingin anda kunci, "Tick" pada kotak yang disediakan untuk memilih.



 

Kemudian klik pada tombol Set Password pada bahagian bawah.



 

Buat tetapan kunci keselamatan yang anda inginkan



Anda juga boleh memilih jenis tema kata kunci yang anda berkenan. Seterusnya klik pada tombol Done.



Selesai, sekarang anda tidak perlu lagi risau mesej perbualan anda dibaca oleh pihak ketiga.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan