Cara Untuk Mengunci Folder Pada PC

Risau akan fail - fail sulit anda diakses oleh orang lain? Berikut kami kongsikan salah satu cara untuk anda mengunci folder sulit anda pada PC dengan mudah.

Ikuti sahaja langkah - langkah berikut.

Pertama sekali pasang aplikasi Super Folder Locker. ANda boleh sahaja mebuat carian di google ataupun guna sahaja pautan dibawah.


Super Folder locker


Setelas siap pasang, masukkan kata laluan untuk meneruskan aplikasi tersebut. Anda boleh sahaja cipta apa - apa kata laluan yang anda inginkan.



 

Seterusnya cipta satu folder khas untuk anda jadikan sebagai folder rahsia.



 

Kemudian kembali ke aplikasi tadi, dan masukkan folder tersebut.



 

Klik pada tombol lock, anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan yang anda tetapkan sebelum ini. Selesai, folder tersebut telah siap disembunyikan.



 

Sekiranya anda ingin mengembalikan folder tersebut seperti sedia asal, buka aplikasi Super Folder Locker dan klik pada tombol Unlock dan masukkan kata laluan. Maka folder yang tersembunyi  tersebut akan muncul.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan