Cara Untuk Mengubah Latar Belakang Gambar Menggunakan Photoshop

Berikut kami kongsikan satu tutorial mudah untuk anda mengubah latar belakang pada sesuatu gambar. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

 

Langkah 1

Pertama sekali, apa yang anda harus lakukan ialah dengan membuka menu File - Open - Pilih Foto, kemudian klik Open untuk mulai mengedit foto di Photoshop.



 

Langkah 2

Jangan lupa untuk mengubah layer Background menjadi Layer 0 dengan melakukan klik dua kali pada layer background. Jika muncul paparan New Layer klik OK untuk meneruskan proses.



 

Langkah 3

Selanjutnya adalah langkah terpenting, iaitu dengan melakukan proses pengasingan ataupun "Cropping" foto. Pada toolbar, pilih Lasso Tool  dan tahan hingga muncul tiga pilihan tool yang lain. Untuk memudahkan proses tersebut kami sarankan anda menggunakan fungsi Magnetic Lasso Tool.



 

Langkah 4

Pastikan anda melakukan proses "Crop" gambar tersebut dengan teliti.



 

Langkah 5

Setelah selesai proses tadi, klik menu Select - Inverse. Kemudian tekan tombol Delete.



 

Langkah 6

Inilah hasilnya, latar belakang akan terhapus dan menjadi transparent. Untuk menghilangkan garis putus-putus tadi, tekan tombol shortcut Ctrl + D.



 

Langkah 7

Untuk memasukkan latar belakang yang baru, Klik dan drag file foto pada Windows Explorer ke jendela Adobe Photoshop yang sedang anda buka.



 

Langkah 8

Setelah gambar latar belakang yang baru dimasukkan, besarkannya secara proposional.



 

Langkah 9

Setelah siap mengubah saiz gambar tadi, klik ikon layer 0 tadi dan "drag" kebawah.



 

Langkah 10

Terakhir sekali, apa yang perlu dibuat ialah simpan fail gambar tadi kepada fail jenis Jpeg



 

Inilah dia hasil gambar yang telah siap di ubah. menarik bukan?



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.