Cara Untuk Menggunakan Chrome Versi "Night Mode"

Terdapat beberapa cara untuk menjadikan pelayar chrome anda versi gelap, fungsi ini sangat sesuai untuk anda yang gemar melayari internet didalam keadaan bilik yang kurang cahaya.

Kaedah yang akan kami kongsikan ini dikenali sebagai mod "Hacker Vision" daripada google. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali masuk ke laman sesawang Chrome web store dan buat carian untuk "Hacker vision". Kemudian klik pada try it now



 

Seterusnya klik pada tombol "Add Extension" dan ikuti arahan - arahan yang diberikan, selesai.



 

Sekarang pada bucu sebelah kanan pelayar Chrome anda sudah ada satu menu khas untuk anda pilih sama ada untuk versi gelap atau pun versi normal.



 

Berikut paparan baru chrome anda, sangat sejuk mata memandang ketika waktu gelap.





 

Untuk makluman anda, versi ini adalah percubaan untuk 6 bulan, sekiranya anda berminat boleh sahaja melanggannya.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

Berkaitan