Cara Untuk Mengetahui "Unfollower" Pada Akaun Instagram Anda

Sama seperti Facebook, yang mana tiada notifikasi akan diberikan jika seseorang telah "Unfollow" akaun Instagram anda.

Berikut kami kongsikan satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengetahui aktiviti yang berlaku pada akaun Instagram anda dengan lebih terperinci.

1. Pertama sekali, pasang aplikasi "InstaFollow For Instagram" daripada APKpure.com dengan menggunakan pautan yang diberikan dibawah

https://apkpure.com/instafollow-for-instagram/com.innovatty.instafollow



2. Setelah selesai pemasangan, buka aplikasi tersebut dan log masuk dengan menggunakan akaun Instagram milik anda.



 

3. Disini, anda akan dapat menyemak keseluruhan data analisis akaun Instagram anda termasuk berapa jumlah Follower dan Unfolowers.



 

Semua aktiviti akan dipaparkan dengan jelas dan terperinci.


 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.