Cara Untuk Mengetahui Saiz Gambar Pada iPhone

Khusus untuk pengguna iPhone, salah satu kelemahan yang admin kurang gemar tentang iPhone ialah kesukaran untuk melihat saiz gambar yang terdapat pada galeri foto. Mungkin bagi sesetengah pengguna, perkara ini tidak begitu signifikan. Namun bagi yang memerlukan, masalah ini agak menjengkelkan.

Berikut kami kongsikan salah satu langkah untuk melihat saiz gambar pada iPhone tanpa perlu memasang sebarang aplikasi tambahan.

Pertama sekali, buka gambar pada galeri foto iPhone, kemudian tap pada ikon share dibahagian bawah.



 

Seterusnya pilih ikon save to files.



Paparan berikut akan muncul, pilih kokasi folder yang ingin anda simpan gambar tersebut seterusnya klik pada menu add.



Kemudian masuk ke menu files.



cari lokasi folder yang anda simpan gambar tersebut maka pada bahagian bawah gambar akan tertera saiz sebenar fail tersebut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan