Cara Untuk Mengembalikan Fungsi Bluetooth Pada WIndows 10

Penggunaan Bluetooth sememangnya sangat meluas terutamanya dalam menghubungkan peranti pintar bagi tujuan pemindahan data dan hiburan.

Kepada pengguna PC dengan Windows 10 yang mengalami masalah menu Bluetooth yang hilang, berikut kami kongsikan kaedah penyelesaiannya

Kaedah 1

Pertama sekali masuk ke menu Device managers, anda boleh sahaja memasukinya dengan membuat carian pada ruangan yang disediakan.



Seterusnya klik pada menu View dan pilih menu show hidden devices, sekiranya fungsi Bluetooth tersebut tersembunyi maka dengan itu ianya akan kembali muncul pada paparan senarai.



 

Kaedah 2

Kaedah seterunya yang boleh dicuba ialah dengan menaip "Troubleshoot Bluetooth" pada ruangan carian, kemudian pilih menu berikut.



Seterusnya klik pada tombol Next untuk memulakan proses baikpulih. Sekiranya berjaya, maka menu Bluetooth anda akan munculd an kembali berfungsi.



 

Iulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan