Cara Untuk Mengelak Muat Turun Fail Yang Mempunyai virus

Keseronokan memuat turun pelbagai aplikasi pada PC boleh bertukar kepada malapetaka sekiranya tiada sebarang langkah - langkah pencegahan yang diambil.

Kepada anda yang risau akan jangkitan virus ataupun malware berikut kami kongsikan cara mudah untuk mengenalpasti perisian ataupun fail yang telah dijangkiti. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali salin pautan perisian ataupun fail yang ingin anda muat turun dengan memilih "copy link address".



 

Seterusnya masuk ke laman sesawang VirusTotal.com , pilih bahagian URL seterusnya tampal pautan tersebut pada ruangan yang disediakan dan klik pada tombol carian.



 

Tunggu seketika sehingga siap proses pengesanan dijalankan. Maka akan muncul paparan yang menyatakan status pautan tersebut.



 

Sekiranya berpuas hati maka anda boleh teruskan memuat turun fail tersebut tanpa rasa ragu - ragu lagi. Selesai.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan