Cara Untuk Mengatasi Masalah "This site can't be reach" Pada Chrome

Kepada pengguna Chrome yang mengalami masalah laman tidak dapat diakses ataupun keluarnya paparan "This site can't be reach" boleh sahaja mencuba kaedah - kaedah berikut.

Kaedah 1

Tekan kekunci windows + R kemudian taip kod services.msc seterusnya tekan OK



Apabila muncul paparan berikut, skrol kebawah dan klik kanan pada menu DNS Client dan pilih menu Restart



DNS client akan melakukan proses pengulangan dan sekiranya berhasil, maka masalah tersebut akan dapat diselesaikan.

 

Keadah 2

Sekiranya langkah diatas tidak berhasil, apa yang perlu anda lakukan ialah klik kanan pada ikon WiFi ataupun internet kemudian pilih Open network & Internet Setting



Pilih sama ada WiFi atau Ethernet, bergantung kepada jenis sambungan yang anda gunakan. Kemudian pilih Network & Sharing Center.



Pada bahagian Connection, pilih Properties pada paparan yang muncul.



Cari Internet Protocol Version 4 (TCP/IP) lalu klik pada menu Properties



Tandakan pada menu "Use the following DNS server addresses" lalu masukan angka berikut: 8.8.8.8 (Preferred DNS server) dan 8.8.4.4 (Alternate DNS server). Akhir sekali "Tick" pada menu Validate settings upon exit.



Klik Ok dan cuba buka kembali pelayar Chrome dan masuk ke laman yang bermasalah sebelum ini. Sekiranya berhasil maka ianya akan dapat diakses kembali.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan