Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Diterbitkan September 23, 2017 · Dikemas kini September 23, 2017 oleh Tips Gajet

Masalah sambungan internet selalu terjadi sama ada anda menggunakan komputer ataupun peranti telefon pintar. Sebagai contoh, masalah sambungan dengan “Limited connectivity” pada sambungan komputer riba ataupun PC dan “No internet access” pada peranti pintar.

Berdasarkan pemerhatian kami, masalah ini biasanya terjadi sekiranya sistem modem mengalami masalah yang mana tidak semua peranti dapat membuat sambungan pada WiFi yang di sebarkan dariapda modem tersebut. Masalah ini berpunca daripada IP Address yang di masukkan secara automatik pada peranti yang cuba membuat sambungan bertindih.

Jangan risau sekiranya anda kurang faham apa yang kami cuba sampaikan diatas. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut sekiranya peranti anda mengalami masalah sambungan internet WiFi.

Langkah 1

Untuk peranti Android, masuk ke pilihan WiFi kemudian pilih “modify” ianya mungkin akan berbeza paapran bergantung pada jenama peranti. Untuk yang ini kami gunakan peranti Xiaomi Mi Max.

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Langkah 2

Pada bahagian 1 pilih fungsi “Static” manakala pada bahagian 2 pula isikan nombor seperti dalam kotak. Pada yang ditunjukkan dengan anak panah, anda boleh pilih nombor akhir yang sesuai iaitu daripada 1 sehingga 200.

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Setelah selesai klik “OK”.  Selesai.

Untuk versi iPhone pula ikuti langkah berikut.

Langkah 1

Masuk ke menu WiFi iPhone kemudian klik pada menu berikut.

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Langkah 2

Pilih pada Fungsi Manual.

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Langkah 3

Masukkan IP Address seperti berikut. Anda boleh pilih 3 angka terakhir daripada 1 sehingga 200.

Cara Untuk Mengatasi masalah Sambungan WiFi Tanpa Internet

Selesai. Sekiranya masalah tesebut berpunca dariapda IPaddress yang bertindih maka sambungan internet anda akan pulih. Sekiranya tidak berhasil maka anda boleh undur balik prosesnya dengan menukarkan mod manual kepada automatik maka tetapan akan kembali seperti asal.

 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY
Loading Comments...