Cara Untuk Mengaktifkan "Keypad" Satu Tangan Pada Android

Menaip pada peranti pintar yang bersaiz kecil sememangnya lebih pantas kerana saiz layarnya yang kecil memudahkan anda menekannya dengan hanya menggunakan sebelah tangan. Namun kepada pengguna tablet ataupun peranti pintar bersaiz besar seperti Xiaomi Mi Max dan sebagainya adalah agak sukar untuk berbuat demikian.

Kepada anda yang masih belum tahu akan kewujudan fungsi ini, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah papan kekunci peranti Android anda kepada paparan sebelah tangan.

Bagi pengguna Google Keyboard, caranya sangat mudah iaitu apabila ingin menaip sesuatu mesej apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menekan kekunci comma dan menahannya dalam 2 saat.



Maka akan muncul paparan pilihan, pilih menu pada sebelah kanan.



Selesai, maka paparan One-handed mode akan muncul



memandangkan paparan kekunci tersebut sudah menjadi kecil dan di tetapkan pada sebelah sisi, maka ianya akan lebih memudahkan anda menaip terutamanya bagi peranti Android bersaiz besar.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan