Cara Untuk Menangkap Gambar Foto Berhantu

Artikel kali ini kami ingin berkongsikan satu aplikasi daripada playstore yang boleh anda muat turun. Apa yang menarik tentang Aplikasi ini ialah, ianya dapat menjadikan gambar foto biasa kepada gambar "berpuaka". Sesuai sangat untuk anda diluar sana yang ingin menyakat kawan-kawan sebagai satu gurauan.

Aplikasi yang kami maksudkan ialah "Ghost in Photo"



 

Setelah siap dipasang, buka aplikasi tersebut dan pilih sumber gambar yang ingin digunakan atau terus sahaja "Snap" gambar mangsa.





Setelah gambar siap diambil atau dipilih, apa yang anda perlu lakukan ialah edit gambar tersebut dengan memilih jenis-jenis gambar hantu yang bersesuaian.



Seterusnya tetapkan tahap transparensi gambar hantu tersebut agar kelihatan lebih "real".



Selesai sudah. Seronok juga sesekali menyakat kawan-kawan, kalau kena dengan situasi gambar pada waktu malam, meremang juga bulu roma ni, haha.. itu sahaja sedikit perkongsian kali ini. Selamat berhujung minggu.