Cara Untuk Memulihkan "Head" Pencetak Jenis Inkjet

Kepada anda yang mempunyai mesin pentak jenis Inkjet yang bermasalah seperti hasil cetakan tidak sekata atau bertompok, sememangnya agak menjengkelkan. Apapun, masalah berikut tidak memerlukan anda untuk berhabis rastusan ringgit dengan menghantarkannya ke kedai untuk dibaik pulih.

Ada dua kaeadah yang boleh dicuba, iaitu

  1. Pencucian secara cetakan

  2. Pencucian secara fizikal


Untuk perkongsian kali ini, kami akan tunjukkan cara kaedah pencucian secara cetakan sahaja. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali sebelum anda mulakan proses pembersihannya, pastikan pencetak anda telah dihidupkan dan disambung pada PC atau Laptop yang anda gunakan.

Seterusnya buka aplikasi Microsoft Word > File > Print



Kemudian klik pada menu Printer properties



Pada paparan berikut, pilih Tab Maintainance



Anda boleh memilih sama ada ingin membuat pencucian biasa ataupun pencucian secara mendalam dengan memilih diantara dua tombol berikut.



Akhir sekali sebelum anda klik pada tombol Execute, pastkan printer anda tersebut sudah dimasukkan kertas pada "Tray" nya terlebih dahulu ya. Tunggu sehingga proses pencuciannya selesai.



Sekiranya masalah dakwat masih lagi tidak selesai, anda boleh cuba untuk mencucinya secara manual ataupun secara fizikal. Akan kami tunjukkan pada perkongsian yang akan datang.

 

Berkaitan