Cara Untuk Mempercepatkan Proses "Boot" PC

Kepada anda yang mempunyai PC ataupun Laptop yang mengambil masa terlalu lama untuk dihidupkan, ini mungkin disebabkan oleh terlalu banyak aplikasi yang berjalan ketika proses Boot dilakukan.

Satu - satunya cara untuk mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengurangkan jumlah program yang akan dijalankan ketika proses boot sedang berlaku. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja tips berikut.

Pertama sekali buka paparan Task Manager iaitu dengan menekan kekunciĀ (Ctrl + Shift + Esc). Anda akan dapati paparan berikut akan muncul.



Klik pada menu Tab Startup. Maka akan terpapar senarai program yaang berjalan sejurus apabila PC anda dihidupkan.



Untuk mematikan program tersebut pada Startup, anda hanya perlu klik pada program yang ingin dihapuskan dan klik pada tombol Disable. Selesai, maka dengan itu program tersebut tidak lagi akan dijalankan ketika proses Boot sedang berlaku.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan