Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Diterbitkan Oktober 21, 2017 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin kongsikan dengan anda cara-cara untuk mempamerkan jenis-jenis fail pada PC windows agar lebih memudahkan kita mengenalpasti perisian yang sesuai untuk membuka fail tersebut. Tetapan ini akan membuatkan setiap fail pada windows akan diakhiri dengan kod jenis-jenis fail tersebut contohnya seperti .doc , .ppt , mkv, mp4 dan sebagainya.

kaedah ini juga berguna untuk mengesan fail-fail virus yang ada dalam storan dalaman mahupun luaran yang anda guna, yang mana pada kebiasaannya fail-fail tersebut akan menyerupai fail-fail yang biasa anda buka namun akan diakhiri dengan kod “.exe” sebagai contoh  “Laporan harian.exe” .

Jangan risau, caranya sangat mudah ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

langkah 1

Masuk ke mana-mana Folder dalam PC anda.

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Langkah 2

Klik pada Menu “Organize”.

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Langkah 3

Seterusnya pilih menu “Folder and search options”

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Langkah 4

Kemudian pilih tab “view” dan “untick” menu berikut seterusnya klik “ok”

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

Anda akan dapati setiap fail dalam PC anda akan berubah seperti berikut.

Cara Untuk Mempamerkan Jenis-jenis Fail Pada PC Windows

 

Dengan munculnya paparan kod tersebut, maka anda akan lebih mudah untuk mengenalpasti jenis-jenis fail yang ingin di buka dan mengenalpasti fail yang berkemungkinan virus.

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY
Loading Comments...