Cara Untuk Membersihkan Entri Autofill Yang Tidak Diingini Di Google Chrome

Autofill pada pelayar Chrome adalah satu fungsi yang menjimatkan masa pengguna untuk mengisi sesuatu borang dalam talian.

Di dalam fungsi terbabit, anda boleh menyimpan maklumat-maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon serta emel dan sekiranya anda mahu mengisi borang dalam talian, ruangan nama dan lain-lain akan terisi secara automatik.

Walaubagaimanapun, kadangkala kita sudah bertukar alamat atau data Autofill terbabit menyimpan nama rakan dan bukannya nama anda, anda boleh menyuntingnya. Ikuti langkah berikut untuk tambah atau sunting atau padam terus maklumat pada fungsi Autofill.

Komputer

  • Tekan ikon 3 titik bertindih di penjuru kanan atas

  • Pilih Settings > Advanced

  • Seterusnya cari Passwords and Forms, klik pada Autofill Settings

  • Kini anda boleh tambah, sunting atau padam mana-mana data Autofill mengikut kemahuan


Android

  • Tekan ikon 3 titik bertindih di penjuru kanan atas

  • Pilih Settings > Autofill and payments

  • Pilih Adresses atau Credit Card dan anda boleh tambah, sunting mahupun padam


iPhone dan iPad

  • Tekan ikon 3 titik bertindih di penjuru kanan atas

  • Pilih Settings > Autofill Forms

  • Pilih Adresses dan anda boleh tambah, sunting mahupun padam


Sumber: Google