Cara Untuk Membatalkan e-mel Yang Dihantar Daripada Outlook

Fungsi pembatalan penghantaran e-mel semeangnya sudah lama diperkenalkan khusus kepada pengguna Gmail. Namun bagi anda yang menggunakan aplikasi Microsoft Outlook ianya mungkin jarang diketahui akan fungsi tersebut.

Berikut kami kongsikan cara untuk membatalkan pesanan mel bagi Microsoft Outlook.

Pertama sekali masuk ke menu Setting dan klik pada "view all outlook setting"



Pada bahagian tetapan Email, pilih menu Compose and reply



Kemudian scroll dan cari menu Undo Send, pilih sela masa 10 saat untuk pembatalan, Selesai.



Bagi anda yang masih menggunakan paparan jenis Classic pula, pertama sekali pilih menu berikut.




Kemudian masuk ke menu Undo Sending



Manakala pada bahagian berikut, buat tetapan sela masa yang diinginkan, ianya boleh ditetapkan sehingga 30 saat.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan