Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Tips kali ini khusus untuk pengguna Gmail. Kepada anda yang selalu mengalami masalah penghantaran E-mail "Pramatang" ataupun dengan kata lain pesanan yang tersilap hantar, berikut kami kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

 

Pertama sekali masuk ke bahagian menu yang tersedia pada bahagian sebelah atas kanan paparan



 

Kemudian pilih menu Setting



 

Skroll kebawah dan cari fungsi Undo Send, Secara "Default" fungsi ini sudah pun ditetapkan pada sela masa 5 saat, untuk keselamatan maksimum, kami syorkan anda menukarkanya kepada 30 saat. Selesai.



 

Setelah siap di simpan tetapan tersebut, maka bila mana anda menghantar pesanan, maka akan muncul paparan berikut yang mana anda dberi masa selama setengah minit untuk membatalkan proses penghantarannya.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan