Cara Untuk Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Google Chrome dan Mozilla firefox merupakan pelayar laman sesawang paling terkenal dan banyak digunakan diseluruh dunia.

Namun begitu, paparan notifikasi yang selalu "Pop - Up" dengan pelbagai permintaan sememangnya agak menjengkelkan kita. Berikut kami kongsikan cara - cara untuk anda matikan kemunculan notifikasi pada Chrome dan Mozilla.

Pada Google Chrome

Langkah 1: Buka aplikasi Google Chrome.

Langkah 2: Klik pada menu tiga titik pada bahagian sebelah atas kanan pelayar

Langkah 3: klik pada menu Settings.

Langkah 4: Skrol kebawah dan klik pada menu Advanced

Langkah 5: Pilih menu Content Settings.

Langkah 6: Masuk ke menu Notification, kemudian nyahaktifkannya

Langkah 7: Dengan itu segala notifikasi yang muncul pada laman sesawang akan dihentikan. Selesai

 

Pada Mozilla Firefox

Langkah 1: Masuk ke menu Settings

Langkah 2: Skrol dan kemudian klik pada menu Content

Langkah 3: Aktifkan fungsi Do Not Disturb pada menu Notification

Langkah 4: Tutup dan mulakan kembali pelayar Mozilla anda. Selesai

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan