Cara Untuk Memadam Mesej Whatsapp Tanpa Had Masa

Fungsi terkini aplikasi Whatsapp yang masih hangat di perkatakan ialah membolehkan anda memadam mesej yang telah dihantar. Ianya sangat bermanfaat terutamanya kepada anda yang tersilap menghantar mesej, namun fungsi tersebut hanya sah dalam sela masa 7 minit sahaja.

Kepada anda yang terlepas sela masa tersebut jangan panik, berikut kami kongsikan kaedah mudah yang boleh anda ikuti untuk memadam sebarang mesej Whatsapp yang telah melebihi masa 7 minit.

Untuk memadam mesej tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasuki ke menu berikut.

Setting > Installed Apps > Whatsapp






Seterusnya pilih menu "Force Stop" dan klik "OK"



Setelah itu, kembali ke menu setting dan pilih "Date & Time". Kemudian nyahaktifkan mod automatik dan undurkan masa dan tarikh ke sebelum mesej tersebut dihantar. Selesai sudah.



Seterusnya masuk ke ruangan perbualan Whatsapp dan padamlah mesej yang anda kehendaki. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat.